Monday, 8 December 2014

Syukur

Assalamualikum...

Tengok video n faham kan lagu ni dulu yer...
Ala2 intro..


Aku ada Mama yang sakit kat kampung, utara negeri ni...
Aku pulak kat selatan negeri yang sama...
Sedih bila tak dapat jaga ibu sendiri waktu dia memerlukan...
Selama ini dia yang membesarkan aku dengan kasih sayang...
Tapi aku rasa tak mampu nk balas jasa dia walau sebesar zarah..
Semakin dia tua, semakin aku rasa banyak dosa dengan dia...

Kekangan masa, kewangan, masalah kerja dan urusan keluarga sendiri.
Aku tak mampu nak menyenangkan ibu bapa aku..
Walaupun aku dah bekerja..
Di mana silap aku..
Aku harus menginsafi diri sendiri...
Ya Allah, ko jauhkanlah aku dari masalah kewangan, masa, hubungan, dan rezeki ku...
Beri kan aku peluang menggembirakan hati ibu bapa ku..

Aku rasa sangat marah, kecewa dengan diri aku sendiri...
Nak mengadu pada suami, aku tak pasti penerimaan dia macam maner..

Ya Allah, ampunkan la dosa ibu dan bapa ku...
Kau gembirakan la mereka, pabila mereka berduka..
Kau bahagiakan lah mereka, pabila mereka kecewa..
Kau limpahkan lah rahmat n kasih syg dari mu...

SYUKUR, aku masih ada ibu dan ayah, plus ibu kedua juga mertua ku..

Thursday, 13 November 2014

FIRE DRILL @ Celestica Senai

Hi All,

Cerita semalam...
Ada Fire Drill kat kilang...
Yang best nya boss dah kaw team awal2.
2 hari sebelum, pesanan boss, jangan pakai kasut tinggi hah!
Kalau jatuh, tak ada sape nak tolong...
Haha, cute tau boss saya..

Anyway, ada banyak beza kerja kilang Japan and US/UK.
Under kilang US/UK, selalu buat event and akan dapat macam2 free gives.
Salah satu, beg seperti bawah ini..


Ada booth macam2...
Salah satu nyer Abang Bomba2 hemsome, tough2 semua...
Haha.. Gurau jer.. Cuci mata sekali sekala tak ape rasanya..
Selain tu ada booth JKJR yang banyak buat pertandingan and bg hadiah best2.
Perkeso, PDRM, JPAM, Agensi Dadah.
Rasanya memang tu aje kot,
Atleast have fun la jugak..

Kalau ikut pengalaman semasa kerja kat kilang Panasonic Senai,
Hujung tahun lah paling best.
Sebab ada jualan STAFF PURCHASE.
Ada jual barang Panasonic dengan harga agak murah.
Siap ada wat installment, tanpa ada bunga yg tinggi.
Tapi, apa yang lebih menarik. diorang akan jual lelong barang2 free gift dr Panasonic.
Dengan harga serendah RM5.
Dulu, aku pernah beli:
1. Bakul baju
2. Chopper board
3. Multi Purpose Box
4. Blanket (Green Colour OK! Eco Green katanya)
5. Silicon Pot
Ada macam2 lg, tp tak dapat nk beli.
Sebab semua orang berebut2.
Tak kerja dibuatnya..
Haha...

*Rindunya dekat kawan2 kilang Panasonic, =(

Wednesday, 12 November 2014

Surprise Flower Bouquet

Hi All,

Curi masa kerja update hot story today...

Tadaaaaa =)
Its Flower~~~

Tapi bukan i punya..
haha..
Kawan meja sebelah aku ni..
Hari ni anniversary ke 3 dia.
So husband dia bagi surprise..

Sebenarnya nak bgtau, i pun suka kalau dapat surprise flower.
Tapi, husband i ni... Orangnya keras tegak.
Romantiknya cuma aku je yang tahu.
Ala2 macam lagu 150 juta - Fynn Jamal..

Berangan dan berangan bila lah encik hubby nk hadiahkan bunga..
Tapi bunga tak boleh makan...
I prefer foods than flower...
Because Im the food LOVER..
Tapi kalau dapat, senyum 48 jam lah jawabnya...

*** Next post aku share dengan korang yer contact no orang yang wat business surprise2 ni.


Thursday, 6 November 2014

Works Lifes Ballance

Hi sayang2 ku...

Ok, sekarang saya kerja kat tempat baru.
Kiranya tempat kerja ke 2 selepas habis grad.
Company ni dekat dgn Airport Senai, Johor.
Sebelum ni punya company pn dekat lorong depan kilang ni.
haha.. penghijrahan yang xberapa hijrah la...

Ok, semalam baru jer dapat email gempak dari GM.
NO MORE OT..
What????!!!!
1 jam = RM10.
Banyak kot...
Tapi tak terkesan sangat kat aku.
Sebab aku budak baru dan kerja pun sikit jer.
So, tak patutkan aku OT.
Tapi untuk senior2 aku, semua sedih..

Top management nak IMPLEMENT: WORkS LiFEs BALLAnceD.
Apa tu works lifes ballance untuk awak, awak dan awak?
Pada aku, benda ni impossible nak berlaku.
Sebab.. kami diberikan laptop.
Bertanggungjawab untuk bekerja walau dari rumah.
Cuma tak dibayar gaji je.

Tapi jangan risau...
Saya ada penyelesainya..

1. List down kan semua kerja anda yg pending,,,
2. Update mane satu yang boleh closed case.
3. Bila habis waktu kerja, simpan list tu kat dalam laci.
4. Balik rumah cam biasa.
5. Peringatan keras, jangan pending kerja and lupa solat~~~

*** Cuma nak share, aku tak boleh OT.. haha..