Monday, 8 December 2014

Syukur

Assalamualikum...

Tengok video n faham kan lagu ni dulu yer...
Ala2 intro..


Aku ada Mama yang sakit kat kampung, utara negeri ni...
Aku pulak kat selatan negeri yang sama...
Sedih bila tak dapat jaga ibu sendiri waktu dia memerlukan...
Selama ini dia yang membesarkan aku dengan kasih sayang...
Tapi aku rasa tak mampu nk balas jasa dia walau sebesar zarah..
Semakin dia tua, semakin aku rasa banyak dosa dengan dia...

Kekangan masa, kewangan, masalah kerja dan urusan keluarga sendiri.
Aku tak mampu nak menyenangkan ibu bapa aku..
Walaupun aku dah bekerja..
Di mana silap aku..
Aku harus menginsafi diri sendiri...
Ya Allah, ko jauhkanlah aku dari masalah kewangan, masa, hubungan, dan rezeki ku...
Beri kan aku peluang menggembirakan hati ibu bapa ku..

Aku rasa sangat marah, kecewa dengan diri aku sendiri...
Nak mengadu pada suami, aku tak pasti penerimaan dia macam maner..

Ya Allah, ampunkan la dosa ibu dan bapa ku...
Kau gembirakan la mereka, pabila mereka berduka..
Kau bahagiakan lah mereka, pabila mereka kecewa..
Kau limpahkan lah rahmat n kasih syg dari mu...

SYUKUR, aku masih ada ibu dan ayah, plus ibu kedua juga mertua ku..

2 comments:

  1. doa banyak2 mtk Allah permudahkan Kin......

    ReplyDelete
  2. doa banyak2 mtk Allah permudahkan Kin......

    ReplyDelete